Saturday, 11 February 2012
home sick again.
asalkan hari ahad je hati aku mesti sedih nak tinggalkan rumah sebab kena balik asrama.tapi apa boleh buat kalau dah tinggal kat asrama kena la ikut peraturan.family aku dapat ditect raut wajah aku yang berubah kalau tiba je hari ahad.sedih,berat hati macam-macam perasaan yang aku rasa.tapi kalau aku stay kat rumah mesti aku malas nak buka buku.hmmmmmmmmmmm peraaan bercampur aduk.tapi nak ikutkan jarak asrama dengan ruah aku x la jauh.ada la dalam 2 km...so aku tak payah a nak ikutkan perasaan sangat.kepada pembaca blog ni jangan tiru perangai saya yer..
Thursday, 9 February 2012
MUET!!...Memikirkan test MUET pada 21 feb dan 3 march!
MUET Sesi Mac 2012 (Speaking): 10 hari lagiMUET Sesi Mac 2012 (Writing): 22 hari lagi
Wednesday, 8 February 2012
Dalam dilema
07.02.2012 besamaan hari selasa sepatutnya minah tempe kena balik asrama.tapi si minah tempe ni tergedik-gedik nak balik hari rabu.tiba hari rabu pulak si tempe ni berat hati nak balik.time kat , sekolah pulak tanyalah pendapat kawan-kawan yang rapat.ada yang bagi pendapat suruh balik hari ni dan ada yang bagi pendapat balik jela hari ahad.niat hati memang nak balk hari ahad tapi parents kat rumah pulak warning suruh balik harini.hmmmm.....rasa dalam dilema pun ada juga.lepas tu kalau difikirkan pulak kalau aku balik lambat asrama nanti kena bagi reason stable kat warden...apa yang aku nak jawab dengan warden ni....dan bila pulak aku nak balik asrama ni?????
Sunday, 5 February 2012
Sabar dan berdaya tahan tinggi Elak Stress
Cara-caranya:-P
- Apabila berhadapan dengan maalah cuba selesaikan masalah tersebut tanpa membawa ke kelompok atau situasi lain.Sebagi contoh,kalau kita mempunyai masalah di tempat kerja atau di gudang ilmu,elakkan membawanya pulang ke rumah dan cuba selesaikan sesegera mungkin.
- Selalu beriadah untuk mengelakkan berfikir perkara yang bukan-bukan.Ambil masa beriadah dengan berkebun(kalau rumah ada space lagi tanah) atau perkara menceriakan(tengok astro ceria pun ok juga).
- Sentiasa berfikiran positif(positive mindset).Apa perkara yang dilalui harus dipandang positif.
- Sentiasa bertawakal dan berdoa.
cepat la berubah
Atasi Sikap BertangguhOleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D PERHATIAN: Hakcipta dituntut oleh MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Anda tidak boleh mencetak atau mengedar bahan-bahan dari laman-map ini sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran dari kami. Bahan-bahan ini adalah untuk tatapan anda sebagai satu sumber ilmu pengetahuan. Sebarang pertanyaan atau permohonan untuk mendapat kebenaran boleh dibuat melalui emel. | ||
Kita bertemu lagi dalam Siri Rahsia Kecemerlangan Diri kali ini. Tanpa disedari, sudah hampir setahun saya menjadi penulis di Majalah Cermin ini. Dalam artikel kali ini saya ingin membincangkan tentang satu sikap yang ada dalam setiap diri kita dan menjadi penyebab kepada kegagalan kita. Iaitu sikap bertangguh. Bertangguh maknanya kita dengan sengaja melambatkan atau tidak menyiapkan satu-satu kerja, aktiviti atau tugasan yang sememangnya penting atas alasan yang tidak penting. Sebaliknya kalau sesuatu kerja itu terpaksa diketepikan seketika kerana ada sesuatu yang lebih penting lagi yang mesti disiapkan, maka itu bukanlah bertangguh. Malangnya, ramai diantara kita atas alasan yang remeh temeh melambat-lambatkan sesuatu pekerjaan. Mari kita renungkan seketika, kalau anda seorang pekerja di pejabat, apa agaknya kerja semalam yang anda tahu penting tetapi tidak dibuat. Mungkin ada borang yang perlu dilengkapkan dan dihantar; atau panggilan kepada pelanggan yang belum dibuat; atau projek yang belum disiapkan malah mungkin belum dimulakan; atau khidmat selepas jualan yang tidak dibuat meskipun berkali-kali anda ingatkan diri anda ia adalah penting. Bagaimana pula dengan urusan dirumah? Anda mungkin dah lama mahu mengecat rumah tetapi sehingga kini masih belum siap; atau menyapu lantai, menggosok baju, mengelap tingkap, mencuci bilik air. Bagaimana pula dengan urusan peribadi anda? Anda tahu sudah tiba waktunya anda menghubungi ibu bapa di kampung; atau emel sahabat yang tidak berbalas dan SMS yang belum dijawab. Anda tahu berat badan mula bertambah dan sudah sekian lama anda mahu turunkan berat badan dengan menjaga diet dan melakukan senaman harian. Sudahkah ia dilakukan? Rambut yang semakin panjang sudahkah dipotong? Kalau direnungkan dengan ikhlas maka kita akan dapati terlalu banyak yang mahu dilakukan dan terlalu sedikit masa yang ada. Kalau tahu masa semakin sedikit kenapa dihabiskan untuk perkara-perkara yang tidak termasuk dalam senarai penting kita? Iaitu senarai yang kita tahu mesti dilakukan segera. Atau anda sebenarnya tidak pernah buat satu senarai pun selama ini? Segalanya hanya dirancang dalam kepala maka tidak hairanlah kalau anda lupa. Apabila kita bertangguh, kita akan rasa tertekan kerana masa semakin suntuk dan kerja semakin menimbun. Akibat dari rasa tertekan ini ialah kemurungan serta emosi yang tidak menentu. Kesihatan juga turut terganggu dan semua ini pasti menjejaskan produktiviti. Hasilnya, kita menjadi orang yang gagal dalam kehidupan sama ada dari kerjaya, akademik, kesihatan, ibadah, kewangan dan sebagainya. Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh? Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:
Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan. Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:
| ||
Saturday, 4 February 2012
Si Dia Menanti Panggilan Ku.....
Memang tak dapat dianfikan dah 4 hari si Tempe ni tak kol Si Dia.....rindu memang tak dapat dieelakan kerana
itu adalah lumrah dan fitrah manusia yang Allah telah jadikannya.
itu adalah lumrah dan fitrah manusia yang Allah telah jadikannya.
Friday, 3 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)